Saya sering dikenali 
dengan nama samaran (dalam MIRC) ...dengan panggilan .. Kedah... itu pun secara tak sengaja.
Nama saya ialah seperti yang tertera diawal Homepages ini jadi tak payah lah saya nak bagitahu banyak² kali....bukannya apa nak jimat kan ruang dalam homepages ini ...jadi kalau anda nak tahu juga nama saya maka kenalah keluar balik ..dan isikan nama penuh anda supaya dapat saya tahu siapalah yang datang menjengok² saya silap² haribulan anda akan menerima kad² ucapan dan sebagainya..untuk tetamu tersayang katakan...baiklah kalau tak isi nama lagi kena isi dulu lah kalau tak nak pun apa saya boleh buat kalau tak dapat apa² nanti jangan cemburu pula...ok senyum dulu.......banyak pula saya berceloteh ..bukannya apa kalau nak cerita pasal biodata saya rasa malu lah sikit tapi walau macamna pun orang akan tanya juga terutama yang selalu berjumpa atau berbual dengan saya secara sengaja ataupun tidak didalam MIRC kadang² tu dah tak terlarat nak story tak paham² juga ....sape tu..?..adelah sorang dua kawan saya tu ............ok lah buat tetamu tersayang saya untuk pengetahuan anda Biodata saya seperti berikut ....segala yang tertera kat sini adalah benar² belaka kecuali tarikh lahir yang terpaksa dirahsiakn atas keselamatan peribadi ok....enjoy!

 

Nama penuh: Keluar balik atau isi buku tetamu
Asal : Kampong pokok Pauh ,Jalan kubur panjang ,Alor setar ,Kedah .Darulaman.
Tarikh lahir: 20 ogos 19##
Jantina : Lelaki
Status : Bujang
Asal Ibu: Kedah
Pekerjaan: Suri rumah dan Pot pet pot pet
Asal Bapa : Kedah
Pekerjaan : Pegawai kerani Lembaga Tabung Haji Jeddah Saudi Arabia
Bilangan dalam keluarga: Anak yang ke dua
Jumlah adik-beradik : Tujuh orang (seorang perempuan)
Bahasa perbualan : Loghat utara /Cakap Arab/Bahasa Malaysia Baku
Kegemaran/Hobi : Random
Makanan / Minuman kegemaran : Yang halal dan percuma..
 
Pengajian:
 
Sekolah rendah:
Masa kecil² dulu saya dibesarkan dan bersekolah kat Makkah diArab Saudi.lebih kurang lima tahun kat sana saya pulang ke Kedah sambung pengajian sekolah rendah di Madrasah Al-Masriyah Bukit Mertajam.Pulau Pinang. Sampai lah saya tingkatan satu . sepanjang pengajian Sekolah rendah saya sering berjauhan dengan orang tua tercinta . diaorang selalu juga pulang ketanah air .
 
Sekolah Menengah:
Saya menyambungkan pengajian saya di Maahad Addini Alor setar selama dua tahun kemudian saya bertukar sekolah ke Maahad Mahmud atau lebih dikenali dengan Maktab Mahmud Jalan Pegawai Alor setar sampai lah ke tingkatan lima ...masa ni banyak kenangan dengan kawan² kalau ada yang teringat lagi tu hubungi lah saya.
 
Universiti:
Selepas SPM saya berangkat keJordan untuk pengajian bahasa Arab disana lebih kurang setahun apabila niat saya untuk menyambung pengajian disana tidak tercapai ...tak ada rezeki ..membuat keputusan untuk menyambung pengajian saya diSudan dimana tempat saya sedang belajar...itu pun sebab ada kawan .
 
Jadi bila tinggal kat sini orang lain balik kampung ke Malaysia saya pula ke Saudi ...nak balik Malaysia tu insyallah lah kalau ada diantara saudara dan saudari sudi menghulurkan bantuan untuk saya membeli tiket Kapal terbang ...First class ....akhir sekali kalau tak paham lagi tentang biodata saya buatlah pertemuan yang akan anda tanggung segala perbelanjaan ...saya akan ceritakan dari A – Z.
Ok selamat berkunjung!